Privacy Policy
Notis Privasi
Kemaskini terkini: September 23, 2024
Notis Privasi ini menghuraikan bagaimana Vorwerk Malaysia Enterprises Sdn Bhd (No. Syarikat 202401029759 (1575607-V)) (dirujuk sebagai “kami” atau or “Syarikat”) mengumpul, mengunakan dan mendedahkan Data Peribadi anda (1) bila anda memantau, mengunakan perkhidmatan kami atau membuat pembelian dari https://vorwerk.com.my/ ("Laman") atau berkomunikasi dendan kami mengenai Laman atau perkhidmatan kami, atau menggunakan perkhidmatan kami dengan pelbagai cara yang lain (kesemua dirujuk sebagai “Perkhidmatan”), dan berkenaan dengan (2) permohon kerja, (3) perkerja kami, (4) kontraktor / penasihat dan (5) individu lain yang berinteraksi dengan kami, termasuk di atas platform media sosial.
Untuk tujuan Notis Privasi ini, “anda” bermaksud anda sebagai pengguna Perkhidmatan kami, sama ada anda adalah pelanggan, pelawat laman web, permohon kerja, pekerja, kontraktor atau individu lain di mana maklumat diproses oleh kami menurut Notis Privasi ini.
Notis Privasi ini diterbitkan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) dan peraturannya. Menurut keperluan Akta tersebut, Notis ini akan memaklumkan kepada anda tentang hak anda dan menerangkan pengurusan data peribadi anda yang telah dan/atau akan kami kumpul dan proses.
Notis ini meliputi pengumpulan Data Peribadi anda melalui aktiviti pengumpulan data dalam talian dan luar talian, termasuk aktiviti berkenaan dengan penjualan dan acara / bengkel kami.
Perubahan kepada Notis Privasi ini
Kami mungkin mengemaskinikan Notis Privasi ini dari masa ke semasa, termasuk untuk mengambarkan perubahan kepada amalan-amalan kami atau untuk tujuan lain dari segi operasi, guaman atau pengawalseliaan. Kami akan memaparkan Notis Privasi yang dikemaskini di atas Laman, menukar tarikh “Kemaskini terkini” dan mengambil langkah-langkah yang wajib di undang-undang.
Apa Data Peribadi yang Kami Kumpul dan untuk Tujuan Apa
Jenis Data Peribadi yang kami kumpul mengenai anda bergantung kepada cara anda berinteraksi dengan kami dan/atau Laman kami, dan menggunakan Perkhidmatan kami. Data Peribadi yang wajib dikumpul oleh kami supaya kami memenuhi Tujuan-tujuan (didefinisikan di bawah) (“data peribadi wajib”) adalah ditanda dengan (*).
Secara umumnya, kami mengumpulkan data peribadi anda untuk (i.) tujuan kontrak antara anda dengan kami; (ii.) untuk kami mengambil langkah atas permintaan anda untuk mengikat kontrak dengan kami; (iii.) mematuhi obligasi kami di atas undang-undang selain obligasi kontraktual; (iv.) untuk melindungi kepentingan utama anda (jika berkaitan); (v.) menilai applikasi kerja anda; atau (vi.) menawarkan perkerjaan kepada anda dan mengekalkan hubungan pekerjaan dengan anda.
Kami akan juga menggunakan dan/atau memproses data peribadi tersebut untuk tujuan yang dihuraikan di bawah (bersama-sama dirujuk sebagai “Tujuan-tujuan”).
Data Peribadi yang Kami Kumpul dari Pelanggan, Pelanggan Potensi dan / atau Penguna Laman Web
Data Peribadi yang diserahkan oleh anda kepada kami melalui Perkhidmatan kami, Laman tersebut atau lain-lain termasuk dan tidak terhad kepada:
- Maklumat hubungan* termasuk nama, alamat, nombor telefon dan emel anda;
- Maklumat pesanan termasuk alamat pembayaran*, alamat penghantaran*, cara penghantaran*, maklumat pembayaran* (cara pembayaran dan maklumat kad kredit / debit) dan pengesahan, maklumat pesanan*, maklumat penasihat;
- Maklumat akaun termasuk nama pengguna, kata laluan, soalan sekuriti anda dan maklumat lain yang digunakan untuk tujuan perlindungan akaun;
- Maklumat bantuan pelanggan termasuk bahasa pilihan dan zon masa dan maklumat yang dibekalkan oleh anda semasa berkomunikasi dengan kami, contohnya, semasa menghantar mesej melalui Perkhidmatan kami;
- Maklumat media sosial termasuk nama pengguna, profil media sosial, komen dan sebutan mengenai kami dan mesej terus.
Kami mungkin mengumpul maklumat mengenai interaksi anda dengan Perkhidmatan kami secara automatic (“Data Pengunaan”). Untuk melakukan ini, kami mungkin mengunakan kuki, pixel dan teknologi yang setaraf (“Kuki”). Data Pengunaan mungkin termasuk maklumat mengenai bagaimana anda mengakses Laman kami dan akaun anda, termasuk maklumat peralatan, maklumat browser, maklumat sambungan rangkaian, alamat IP anda dan maklumat lain berkaitan dengan interaksi anda dengan Laman dan Perkhidmatan kami.
Kami menguna Data Peribadi untuk Tujuan memberikan anda produk dan perkhidmatan supaya kami boleh mematuhi kontrak kami dengan anda, termasuk untuk:
- Memulakan, mengekaldan dan menguruskan akaun anda;
- Memenuhi pesanan anda, memproses pembayaran anda, menguruskan penghantaran dan menguruskan apa-apa pemulangan dan pertukaran;
- Menghantar notifikasi kepada anda berkenaan dengan akaun anda, pembelian anda, pemulangan, pertukaran dan transaksi lain;
- Mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki produk kami, perkhidmatan lepas jualan dan menguruskan tuntutan waranti yang diminta oleh anda atau diperlukan untuk mematuhi waranti-waranti yang diberi oleh kami;
- Membalas soalan-soalan anda dan memberikan bantuan pelanggan;
- Mempertingkatkan pengalaman beli-belah anda dengan perkhidmatan Shopify (yang membekalkan platform e-dagang kami) supaya akaun anda berkait dengan perkhidmatan Shopify lain yang anda guna. Shopify akan memproses maklumat anda seperti yang dipaparkan dalam Polisi Peribadi dan Polisi Peribadi Konsumer Shopify;
- Untuk berinteraksi dengan anda di media sosial;
- Untuk berkomunikasi dengan anda secara berterusan mengenai demonstrasi dan jualan produk kami;
- Untuk melakukan pengesahan kredit seperti yang dibenarkan dari segi undang-undang dan memulihkan apa-apa hutang dan pembayaran yang anda perlu bayar kepada kami.
Sebahagian Perkhidmatan kami mungkin memerlukan anda memberikan Data Peribadi secara terus kepada kami. Anda boleh membuat pilihan tidak memberikan Data Peribadi ini termasuk data peribadi wajib, tetapi jika anda membuat pilihan ini, anda mungkin tidak boleh mengunakan atau mengakses ciri-ciri tertentu Perkhidmatan kami.
Data Peribadi yang Kami Kumpul dari Penasihat
Jika anda adakah kontraktor / penasihat, Data Peribadi yang kami kumpul dari anda atau pihak ketiga termasuk dan tidak terhad kepada:
- Maklumat hubungan* termasuk nama*, salaman, alamat*, nombor telefon, emel dan maklumat hubungan lain anda;
- Maklumat identifikasi* termasuk nombor kad pengenalan dan tandatangan;
- Sejarah latihan;
- Lantikan professional* termasuk rekod prestasi;
- Maklumat bayaran dan komisen*, termasuk maklumat akaun bank;
- Maklumat tambahan yang diberi oleh anda, termasuk resume / ringkasan diri, gambar dan maklumat audio-visual yang lain.
Data Peribadi anda akan dikumpul and digunakan oleh kami untuk Tujuan-tujuan berikut:
- Melaksanakan obligasi berkaitan dengan kontrak anda dengan kami, termasuk pemgambilan dan kemasukan (onboarding);
- Perkara-perkara berkaitan dengan pentadbiran di dalam syarikat kami, termasuk pentadbiran bayaran fi / komisen, memberi akses kepada premis kami dan sistem komputer;
- Mengurus dan memberhentikan hubungan kami dengan anda;
- Mengakses dan menilai sama ada anda sesuai untuk organisasi kami;
- Menjalankan apa-apa pergabungan, pemerolehan atau transaksi aset perniagaan yang dicadangkan atau disahkan;
- Pematuhan kami dengan apa-apa undang-undang, adat dan peratuhan yang berkenaan dengan kami;
- Penyebaran maklumat pemasaran dan promosi dengan persetujuan anda.
Data Peribadi yang Kami Kumpul dari Pemohon Kerja dan Pekerja
Jika anda adakah permohon kerja, Data Peribadi yang kami mungkin mengumpul dari anda atau parti ketiga termasuk tanpa had:
- Maklumat hubungan* termasuk nama*, salaman, alamat*, nombor telefon, emel dan maklumat hubungan lain anda;
- Resume / ringkasan diri* termasuk kelayakan pendidikan, kelayakan professional dan sijil dan rujukan pekerjaan, foto;
- Sejarah pekerjaan dan latihan;
- Maklumat tambahan yang diberi oleh anda, seperti jantina, bangsa, jangkaan gaji, tempoh notis.
Data Peribadi anda akan dikumpul and digunakan oleh kami untuk Tujuan-tujuan berikut:
- Mengakses dan menilai sama ada anda sesuai untuk pekerjaan dalam apa-apa jawatan yang wujud atau prospektif di dalam organisasi kami; dan
- Pengesahan identity anda dan ketepatan maklumat peribadi anda dan maklumat lain yang diberi.
Jika anda adakah pekerja, Data Peribadi yang kami mungkin mengumpul dari anda atau parti ketiga termasuk tanpa had:
- Maklumat identifikasi* termasuk nombor kad pengenalan dan tandatangan;
- Data am berkenaan dengan pekerja*, seperti tarikh lahir, jawatan, tarikh bermula, status kahwin, maklumat ahli keluarga anda jika perlu;
- Penglibatan kerjaya*, seperti rekod waktu berkerja dan cuti dari kerja, penilaian prestasi dan rekod disiplin;
- Maklumat bayaran gaji* termasuk maklumat akaun bank;
- Data kesihatan*, issue kesihatan mental dan ketidakupayaan berkaitan dengan kerja, yang adalah data peribadi sensitif yang memerlukan persetujuan jelas anda;
- Maklumat tambahan yang diberi oleh anda sebagai pemohon kerja (sebelum anda menjadi pekerja) atau pekerja.
Data Peribadi anda akan dikumpul and digunakan oleh kami untuk Tujuan-tujuan berikut:
- Melaksanakan obligasi berkaitan dengan kontrak perkerjaan anda dengan kami, termasuk bayaran gaji dan cukai;
- Segala urusan berkaitan dengan pentadbiran dan sumber maknusia di dalam organisasi kami, termasuk pentadbiran bayaran gaji, memberi akses kepada premis kami dan sistem komputer, memproses permohonan cuti, pentadbiran insuran dan manfaat lain, memproses tuntutan dan perbelanjaan, mensiasat apa-apa tindakan atau kegagalan (atau tindakan atau kegagalan yang disyaki) dan mengembangkan polisi sumber maknusia;
- Mengurus dan memberhentikan hubungan kerja kami dengan anda;
- Mengakses dan menilai sama ada anda sesuai untuk pekerjaan dan lanjutan pekerjaan apa-apa jawatan di dalam organisasi kami;
- Mematuhi obligasi kami yang berkenaan dengan peruntukan barangan atau perkhidmatan kepada pelanggan kami;
- Menjalankan apa-apa pergabungan, pemerolehan atau transaksi aset perniagaan yang dicadangkan atau disahkan;
- Pematuhan kami dengan apa-apa undang-undang, adat dan peratuhan yang berkenaan dengan kami;
- Penyebaran maklumat pemasaran dan promosi dengan izin anda;
- Menguruskan hadiran anda di program / acara / bengkel atau aktiviti sah yang lain.
Kami akan memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan-tujuan di atas dan tujuan yang berkaitan.
Sumber Data Peribadi
Data Peribadi boleh dikumpulkan daripada sumber termasuk, tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
- Borang permohonan (digital, fizikal, atau apa-apa borang lain), samada diterima oleh kami secara langsung atau melalui rakan perekrutan;
- Laman web rasmi kami dan akaun media sosial;
- Kad nama;
- Data yang diberikan kepada kami secara lisan, fizikal, digital dan/atau cara lain, seperti melalui mesyuarat dalam talian (seperti Zoom, Microsoft Teams, Google Meet, atau apa-apa perisian mesyuarat dalam talian lain yang serupa);
- Maklumat yang diberikan oleh anda yang berkaitan dengan pekerjaan anda dengan kami;
- Komunikasi dengan kami (seperti surat fizikal, mesej Whatsapp, mesej SMS dan apa-apa cara lain);
- Syarikat yang memberi perkhidmatan kepada laman web kami dan perkhidmatan yang kami berikan, seperti Shopify;
- Pihak pemprosesan bayaran kami, yang mengkumpul maklumat bayaran untuk memproses bayaran anda untuk pesanan anda dan memberikan barangan atau perkhidmatan yang anda permintaan anda, supaya kami mematuhi kontrak kami dengan anda; dan/atau;
- Semasa anda melayari Laman kami, membuka atau membuka emel yang kami hantar kepada anda, atau interaksi dengan kami atau iklan kami, kami, atau pihak ketiga yang berkerjasama dengan kami, mungkin mengumpul maklumat secara automatik dengan menggunakan teknologi pengesanan dalam talian seperti pixels, web beacons, perisian dan kit pemaju, perpustakaan parti ketiga dan kuki.
Bagaimana Kami Mendedahkan Data Peribadi Anda
Kami akan menyimpan data peribadi anda secara sulit, dan tidak akan mendedahkan data peribadi anda untuk apa-apa tujuan selain tujuan data peribadi tersebut dikumpulkan pada masa pengumpulan, atau untuk Tujuan-tujuan di atas.
Data peribadi anda akan diproses oleh kakitangan atau ejen kami yang dibenarkan, atas asas “perlu tahu” untuk memproses data peribadi untuk Tujuan-tujuan tersebut. Walau bagaimanapun, data peribadi anda mungkin didedahkan kepada mana-mana pihak seperti yang dinyatakan atau Syarikat bersekutu di luar Malaysia, yang membekalkan kami dengan produk dan/atau perkhidmatan yang berkenaan dengan perniagaan kami, termasuk Vorwerk SE & Co. KG dan Vorwerk Services GmbH.
Sebagai tambahan, kami munkin mendedahkan data peribadi anda kepada pihak berikut (di mana dalam beberapa kes, data peribadi akan dipindahkan kepada pihak-pihak ini di luar Malaysia):
- Pembekal atau pihak ketiga lain yang menjalankan perkhidmatan bagi pihak kami (contohnya, Penasihat, pengurusan IT, pemprosesan pembayaran, analitik data, sokongan pelanggan, penyimpanan awan, pemenuhan dan penghantaran);
- Rakan perniagaan dan pemasaran untuk memberi perkhidmatan dan mengiklankan kepada anda. Rakan perniagaan dan pemasaran kami akan menggunakan maklumat anda mengikut notis privasi mereka sendiri;
- Penasihat profesional kami termasuk peguam, akauntan, penasihat cukai dan juruaudit, atas asas perlu tahu;
- Badan penguatkuasaan undang-undang, mahkamah, badan pengawalseliaan, kerajaan atau badan-badan lain seperti yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang;
- Mana-mana entiti yang mungkin memperolehi kami, menjadi sebahagian daripada penyusunan semula dalaman kami atau mungkin memperoleh perniagaan atau aset kami, di mana semua atau sebarang data peribadi yang diproses oleh kami mungkin dipindahkan;
- Pihak ketiga lain, apabila anda mengarahkan, meminta kami atau memberikan persetujuan untuk pendedahan maklumat tertentu kepada pihak ketiga tersebut, seperti untuk menghantar produk kepada anda atau melalui penggunaan widget media sosial atau integrasi log masuk, dengan persetujuan anda;
- Pemberi kredit, agensi pelaporan kredit dan agensi pencegahan penipuan untuk tujuan semakan kredit dan pencegahan penipuan seperti yang dibenarkan oleh undang-undang;
- Agensi pemungut hutang dan pihak lain yang membantu dalam pemulihan hutang;
- Institusi kewangan untuk tujuan penilaian kredit atau memudahkan pembayaran;
- Rakan perekrutan sumber manusia jika anda diambil bekerja melalui mereka.
Apa-apa pendedahan data peribadi tambahan anda kepada pihak ketiga yang lain akan dibuat dengan pengetahuan dan persetujuan anda.
Penggunaan Kuki
Seperti banyak laman web lain, kami menggunakan Kuki di Laman kami. Untuk maklumat khusus mengenai Kuki yang kami gunakan berkaitan dengan pengoperasian e-kedai kami dengan Shopify, sila rujuk https://www.shopify.com/legal/cookies.
Kami menggunakan Kuki untuk mengoperasikan dan meningkatkan Laman serta Perkhidmatan kami (termasuk untuk mengingati tindakan dan pilihan anda), menjalankan analitik dan lebih memahami interaksi pengguna dengan Perkhidmatan (dalam kepentingan sah kami untuk mentadbir, memperbaiki, dan mengoptimumkan Perkhidmatan). Kami juga mungkin membenarkan pihak ketiga dan penyedia perkhidmatan menggunakan Kuki di Laman kami untuk menyesuaikan perkhidmatan, produk, dan iklan dengan lebih baik di Laman kami dan laman web lain.
Kebanyakan pelayar web secara automatik menerima Kuki secara lalai, tetapi anda boleh memilih untuk menetapkan pelayar web anda untuk mengalih keluar atau menolak Kuki melalui kawalan pelayar anda. Harap maklum bahawa mengalih keluar atau menyekat Kuki boleh memberi kesan negatif kepada pengalaman pengguna anda dan mungkin menyebabkan beberapa Perkhidmatan, termasuk ciri-ciri tertentu dan fungsi umum, tidak berfungsi dengan betul atau tidak lagi tersedia ada. Selain itu, menyekat Kuki mungkin tidak sepenuhnya menghalang cara kami berkongsi maklumat dengan pihak ketiga seperti rakan pengiklanan kami.
Laman web Parti Ketiga dan pautan
Laman kami mungkin menyediakan pautan ke laman web atau platform dalam talian lain yang dioperasikan oleh pihak ketiga. Jika anda mengikuti pautan ke laman yang tidak bersekutu atau tidak dikawal oleh kami, anda harus menyemak dasar privasi dan keselamatan serta terma dan syarat lain mereka. Kami tidak menjamin dan tidak bertanggungjawab terhadap keperibadian atau keselamatan laman tersebut, termasuk ketepatan, kelengkapan, atau kebolehpercayaan maklumat yang terdapat di laman tersebut. Maklumat yang anda berikan di tempat awam atau separuh awam, termasuk maklumat yang anda kongsikan di platform rangkaian sosial pihak ketiga, mungkin juga boleh dilihat oleh pengguna lain laman web kami dan/atau pengguna platform pihak ketiga tersebut tanpa batasan terhadap penggunaannya oleh kami atau oleh pihak ketiga. Pautan tersebut yang kami sertakan tidak, dengan sendirinya, menunjukkan sebarang sokongan kami terhadap kandungan di platform tersebut atau terhadap pemilik atau pengendali mereka, kecuali sebagaimana yang dinyatakan di laman web kami.
Data kanak-kanak
Perkhidmatan kami tidak bertujuan untuk digunakan oleh kanak-kanak, dan kami tidak secara sedar mengumpul sebarang maklumat peribadi tentang kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Jika anda adalah ibu bapa atau penjaga kepada seorang kanak-kanak yang telah memberikan maklumat peribadi mereka kepada kami, anda boleh menghubungi kami menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan di bawah untuk meminta agar ia dipadamkan.
Keselamatan Data Peribadi Anda
Kami menyimpan dan memproses data peribadi anda dalam cara yang selamat, apabila boleh, dan menurut undang-undang serta peraturan yang terpakai untuk melindungi data peribadi daripada apa-apa kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan yang tidak dibenarkan atau tidak sengaja, pindaan atau pemusnahan.nKami telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan berikut:
- data peribadi dipseudonimkan dan dienkripsi apabila mungkin;
- data peribadi tertakluk kepada kerahsiaan berterusan, integriti, ketersediaan, dan ketahanan sistem dan perkhidmatan pemprosesan;
- kami melaksanakan proses untuk menguji, menilai, dan mengevaluasi secara berkala keberkesanan langkah-langkah teknikal dan organisasi untuk memastikan keselamatan pemprosesan.
Walau bagaimanapun, adalah tanggungjawab anda sepenuhnya untuk memastikan bahawa penyediaan data peribadi anda kepada kami dilakukan dengan cara yang selamat, kerana kami tidak menjamin bahawa cara yang anda gunakan untuk memberikan data peribadi anda kepada kami (contohnya, penyedia email atau perkhidmatan kurier anda) akan selamat daripada pelanggaran data. Langkah-langkah keselamatan yang serupa yang dinyatakan dalam klausa ini juga diterapkan untuk sebarang pemindahan data peribadi di luar Malaysia.
Penyimpanan Data
Tempoh kami menyimpan Data Peribadi anda bergantung kepada pelbagai faktor, seperti sama ada kami memerlukan maklumat tersebut untuk mengekalkan akaun anda, menyediakan Perkhidmatan, mematuhi kewajipan undang-undang, menyelesaikan pertikaian atau menguatkuasakan kontrak dan polisi lain yang berkaitan. Kami akan mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa semua data peribadi dimusnahkan atau dipadamkan secara kekal jika ia tidak lagi diperlukan untuk Tujuan-tujuan di mana ia diproses.
Obligasi Anda
Anda juga berkewajipan memberikan data peribadi kepada kami secara tepat dan diperbaharui supaya kami boleh mencapai tujuan-tujuan. Jika anda tidak memberikan data peribadi anda kepada kami, kami tidak dapat memproses data peribadi anda bagi pihak anda, untuk Tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini, atau memberikan perkhidmatan kami dengan berkesan kepada anda, dan semua hubungan yang diwujudkan atau akan diwujudkan antara anda dengan Syarikat akan ditamatkan dan dihentikan berkuat kuasa serta-merta.
Hak anda
Anda berhak mengakses, meninjau dan meminta salinan maklumat fizikal atau elektronik yang disimpan tentang diri anda. Anda juga berhak meminta maklumat tentang sumber bagi Data Peribadi anda.
Anda juga boleh melaksanakan yang berikut:
- meminta penghapusan, kemudahalihan, pembetulan atau penyemakan Data Peribadi anda;
- mengehadkan penggunaan dan pendedahan Data Peribadi anda; dan
- menarik balik kebenaran terhadap mana-mana aktiviti pemprosesan data kami.
Dalam keadaan tertentu, kami tidak dapat menghapuskan Data Peribadi anda tanpa menghapuskan juga akaun pengguna anda. Kami mungkin dikehendaki menyimpan sebahagian daripada Data Peribadi anda selepas anda meminta supaya data dihapuskan, bagi memenuhi obligasi undang-undang atau kontraktual kami.
Anda boleh melaksanakan hak-hak ini dengan menghubungi kami di butiran kontak yang terdapat di bawah Seksyen 'Hubungan' di bawah.
Jika permintaan tersebut diserahkan oleh orang lain selain anda, tanpa memberikan bukti yang permintaan dibuat secara sah bagi pihak anda, permintaan tersebut mungkin akan ditolak. Apa-apa maklumat pengenalan yang diberikan kepada kami hanya akan diproses menurut, dan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai.
Bahasa
Notis ini disediakan di dalam Bahasa Ingeris dan Bahasa Malaysia. Jika terdapat apa-apa ketakselarasan atau percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dengan versi Bahasa Melayu, versi Bahasa Inggeris hendaklah digunakan.
Pengakuan dan Kebenaran
Dengan mengakses dan mendaftar di laman web kami dan serta mengklik butang 'Terima' untuk Notis ini di laman web kami, atau dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, atau dengan menggunakan produk dan perkhidmatan kami, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Notis ini dan bersetuju serta membenarkan penggunaan, pemprosesan, pendedahan, dan pemindahan data peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Notis ini. Anda boleh menarik balik kebenaran anda melalui notis bertulis dengan menghubungi kami di maklumat hubungan di bawah Seksyen “Hubungan” dalam Notis ini.
Aduan
Jika anda mempunyai aduan mengenai cara kami memproses Data Peribadi anda, sila hubungi kami menggunakan butiran hubungan yang disediakan di bawah. Jika anda tidak berpuas hati dengan jawapan kami terhadap aduan anda, bergantung kepada tempat anda tinggal, anda mungkin mempunyai hak untuk merayu keputusan kami dengan menghubungi kami menggunakan butiran kontak yang dinyatakan di bawah, atau mengemukakan aduan anda kepada pihak berkuasa perlindungan data tempatan anda.
Hubungan
Jika anda ada apa-apa soalan mengenai cara-cara keperibadian kami atau Notis Privasi ini, atau jika anda ingin melaksanakan hak-hak anda yang sedia untuk anda, sila emel kami di butiran hubungan berikut:
Kontak: Data Protection Contact, Pascal Brinkmann
Emel: pascal.brinkmann@luther-services.com
Telefon: +60 32166 0085